Sunday, June 9, 2019

3 Amalan Simple Bernilai Syurga

Syurga merupakan satu tempat yang sangat menjadi idaman setiap manusia . Setiap agama mempunyai definisi syurga masing-masing .. tetapi kita sebagai umat Islam sngat2 bersyukur kerana dengan nikmat Iman dan Islam yg Allah berikan , ia seolah olah menjadi satu jalan utk kita sama2 dapat menggapai syurga yg sebenar benarnya iaitu Syurga Allah .. tetapi jalan itu , kita sendiri yg tentukan sama ada kita mahu jalan yg mudah atau sukar ..

Di sini saya ingin berkongsi bersama semua pelawat blog nie tentang 3 amalan mudah utk kita sama2 mendapat ganjaran Syurga Allah di akhirat kelak .. nie berdasarkam Hadis Nabi yea , bukan sebarang2 amek . Hihi . So klw hadis nabi , kita tak perlu risau dah .. malah kita wajib yakin especially hadis2 yg sahih . Jom kita tgk apakah amalan itu !


1) Membaca Ayatul Kursi setiap kali selesai Solat Fardhu

Yg nie mesti ada yg dah tahu kan ? tpy kita buad tak ? klw tak buad tu .. ishhh rugi sngat sangat sangat . tersangat rugi . Kebanyakan kita selepas selesai solat fardhu , membaca istighfar kemudian al fatihah dan terus doa .. setelah itu  terus bangun dah bersurai . Ya Allah rugi sngat .. tak salah nk baca istighfar tu semua tpy jika tertinggal ayat kursi , haihh mmg sayang seribu kali sayang lah sbb kita terlepas jaminan Syurga oleh Rasulullah

Jadi jom kita kaji sikit hadis nabi berkaitan baca ayat kursi lepas solat nie..

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda  :

"Barangsiapa yang membaca Ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki Syurga melainkan kematian (Riwayat al-Thabarani dan al- Nasa'ei)

So nk tinggal lagi lepasnie ? rugi kan ? Nabi jamin masuk syurga setelah mati . Masa hidup , syurga dah tunggu depan dia tpy sebab dia tak mati lagi , so itu jadi penghalang ..



2)Membaca selawat 10x pagi dan 10x petang

Kalau nak cerita pasal fadhilat selawat nie , terlalu bnyak .. dan ganjarannya bukan kecil2 tpy besar . Tetapi walaupun ckp kita tahu bnyak fadhilat apabila kita melazimi selawat setiap hari , adakah kita jadikan selawat sebagai amalan harian kita ? Tidak . kenapa ? kerana kita sering diberitahu oleh org , "Perbanyakkan selawat, perbanyakkan selawat" , tpy kita tahu ke "perbanyakkan" tu berapa jumlahnya ?

Jadi bila kita tak tahu berapa nk selawat setiap hari, last2 kita tinggal mcm tu jew tanpa rasa rugi sedikit pun .. so kat sini , saya ingin berkongsi satu hadis nabi SAW yg inshaa Allah mampu utk kita jadikan amalan setiap hari tanpa tertinggal satu hari pun iaitu hanya dengan berselawat 10x , 10x ptg . Mudah kn ? Jom kita tgk apa sabda Nabi SAW ..

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali , ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat" (Riwayat Tabrani)

Mudah kan ? 10x pagi 10x ptg . Di padang mahsyar Nabi akan kenal kita dan bagi syafaat pada kita . Bila dpt syafaat , ke mana kita pergi ? Syurga lah ! Mashaa Allah ..



3)Membaca Sayyidul Istighfar

Sepanjang hidup kita , kita dah belajar bnyk jenis istighfar , dan kita juga tahu Allah sngat cintakan hamba Nya yg sering bertaubat (beristighfar) . Nabi SAW yg maksum pun istighfar berapa kali sehari ? kita ? berapa kali ? sedangkan kita nie bukam nabi bukan wali bahkan kita nie tak henti2 melakukan dosa non stop 24 hours .. Jadi rasanya perlu tak kita beristighfar ? of course mmg perlu sngat .. So kat sini saya ingin berkongsi satu istighfar yang apabila kita baca sekali sahaja , Syurgalah tempat kita  inshaa Allah , iaitu Sayyidul Istighfar .



Mudah tak 3 amlan di atas ? mmg mudah , tpy memjadi sngat susah jika kita tak diberi hidayah oleh Allah utk amalkan .. jadi , perbanyakkan berdoa supaya apabila Allah beri hidayah pada kita utk beramal dngan semua nie , minta Allah jngan bolak balikkan hati kita . Apa doa minta Allah tetapkan hati ? Robbana la tuzigh qulubana ... (smpi) ..... innaka antal wahhab . Semoga bermanfaat buad semua dan kita semua dapat bertemu di Syurga Allah kelak . Inshaa Allah, Aamiin